Abu Ayyub Al Ansari

 ABU AYYUB AL-ANSARI R.A (587 - 668)


Nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.


Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.


Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.


RASULULLAH SAW MASUK KE MADINAH


Sebelum kediaman tetap baginda Rasulullah s.a.w dibina di sekeliling masjid baginda, baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub Al-Ansari. Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk baginda menerima tetamu.

Comments